Ba gua

Ba gua (Bahasa Cina: 八卦; pinyin: bāguàWade-Giles: pakua; secara harfiahnya "lapan lambang") merupakan lapan diagram yang digunakan dalam ilmu kosmologi Tao untuk melambangkan prinsip-prinsip atas alam nyata yang dipandang sebagai lapan konsep yang saling bersangkut paut. Setiap satunya terdiri daripada tiga garis, setiap satunya "patah" atau "tak patah", yang masing-masing melambangkan yin dan yang. Oleh sebab strukturnya yang bertiga, ia juga sering dipanggil "trigram".Trigram-trigram ini berkaitan dengan falsafah taiji dan "lima unsur".[1] Hubungan sesama trigram-trigram ini dilambangkan dalam dua susunan, iaitu Lapan Lambang Syurga Asal (先天八卦)[2] atau "Lapan Lambang Fuxi" (伏羲八卦), dan Lapan Lambang Syurga Kemudian (後天八卦)[2] atau "Lapan Lambang Raja Wen" (文王八卦). Trigram-trigram ini menunjukkan persamaan dalam bidang-bidang astronomi, astrologi, geografi, geomansi, anatomi, kekeluargaan, dan lain-lain.[3][4]Naskhah klasik Cina Buku Perubahan terdiri daripada 64 pasangan trigram (iaitu "heksagram") yang boleh diperoleh serta huraian-huraian tentangnya.